Saturday, May 27, 2006

Petua Imam Syafie R.A

Empat perkara menguatkan badan:-
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:-
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:-
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:-
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:-
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Sunday, May 14, 2006

Selamat Hari Ibu

Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan pujian ini hanya milik ALLAH subhanahuwataala, hari ni dapat email mama lagi ..^_^.. ee suke nye! sungguh besar anugerah ibu dan bapa untuk kita, tanpa mereka siapalah kita, jadi kita mestilah menghargai mereka sepertimana mereka gigih dan tabah membesarkan kita sehinggalah kita besar dewasa.

Mama, Ayah! Saufi rindu mama dengan ayah! Terima kasih atas penghargaan terima kasih mama untuk ucapan "Selamat Hari Ibu" saufi pada mama tempoh hari! Sedihnye berjauhan dengan mama dan ayah, tapi tak mengapalah kerana anak mu ini pergi menimba ilmu di negeri orang, diriku berharap doa ketulusan dan keikhlasan kamu berdua memberi semangat dan kekuatan untuk anak mu ini pergi menuntut ilmu, Terima kasih mama dan ayah :)

"Assalamu'alaikum Saufi,
Terima Kasih Mama di atas ucapan 'Selamat Hari Ibu' kepada Mama. Pada 10.5.2006 yang lalu, Hari Jadi ayah yang ke-50 tahun. Jadi Mama berumur 49 tahun (2006). Kami dah termasuk golongan orang tua-tua. Oleh itu, pandai-pandailah anak-anak semua hendak memartabatkan kami sebagai orang tua dengan Redha Allah"

InsyaAllah Mama dan ayah sentiasa ingat bahawa Saufi sedang menghadapi peperiksaan di sana. Kami akan sentiasa mendoakan agar Saufi berjaya. Ingatlah....... bahawa kita mesti berniat dan berazam untuk mencapai markah yang tinggi di dalam peperiksaan, walaupun peperiksaan itu bukan nilai diri hakiki kita, tetapi jika kita telah menjadi kebiasaan ingin selalu dan sentiasa benar dan betul di jalan yang lulus, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah dgn Malaikat akan mengiringi dan mendoakan ke mana jua kita berada"

Terima kasih ibuku.....Rindu nak peluk mama dan ayah....

Tuesday, May 09, 2006

Tak Takut Lagi


Bismillahirrahmanirrahim, Ha ini lah meja aku.. Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 mei, maknanya aku akan menjalani imtihan syfawi pada esok hari, pejam celik hampir tiba rupanya tarikh yang dinantikan, sungguh mendebarkan, tak terasa lamanya apabila aku menerima jadual imtihan pada bulan lepas yang lalu, kini imtihan hampir tiba.

Seperti yang aku katakan aku selalu takut bila nak menghadapi exam, bukan kerana tak bersedia, tetapi itulah hakikatnya bila nak mengalami sesuatu ujian, mana mungkin kalau kita tak mengasah pedang pada hari ini, mana mungkin kita tak sediakan peluru pada hari ini tentangan musuh dapat kita tewaskan, jadi persediaan ini lah yang aku telah lalui dengan tabah, kini akan tiba masanya aku akan luahkan segalanya apa yang telah aku persediakan.

Selamanya aku mengetahui yang perjuangan ini tidak lah perlu takut jika kita ada persediaan yang kuat dan mantap, kalau kita kenangkan sejarah peristiwa Rasulullah Sallallahualaihiwassalam, mungkin cabaran bagi baginda lebih dasyat lagi daripada kita, mengapa kita mesti takut sedangkan kita hanyalah berhadapan dengan ujian Allah yang paling mudah sekli, tidak perlu mengasah pedang, tidak perlu membuat peluru, tidak perlu menyediakan kuda untuk ditunggangi, semuanya tidak perlu! Persediaan kita hanyalah dengan mengasah fikiran dan sebatang pen di tambah dengan keyakinan serta tawakkal kepada Allah SWT! Lebih berat lagi cabaran yang Rasulullullah hadapi, mengapa tidak kita?

Kelmarin aku terima email dari mama =) Hepi sangat! Mama bagi kata semangat, Ayah pun bagi semangat! Tidak lupa orang yang tersayang juga selalu memberi semangat untuk diri aku berjaya!

"Mama harap menjelang peperiksaan, Saufi bersedialah dalam keadaan tenang dan penuh yakin, yang Saufi 'BOLEH BUAT' DAN bertawakkal pada Allah. Mama dan ayah dan semua keluarga di sini tetap mendoakan Saufi berjaya penuh. Di masa akan datang, cuba elakkan dengan perkataan 'takut' atau sebarang yang negatif - sebab ini boleh memberi kesan di atas usaha dan keyakinan yang telah dibina, jadi perkataan-perkataan nagetif hendaklah dijauhkan sama sekali. Ingat pesan Mama ini sampai bila-bila, hatta pada keluarga Saufi bagi genarasi masa depan. Berkatalah dengan perkataan-perkataan dan harapan-harapan kejayaan. Insyaallah semuanya berjalan baik"

"Kami harap Anakanda Saufi telah bersedia dengan peperiksaan yang akan menjelang mulai 11.5.2006 dan hari-hari seterusnya. Lengkapkan dengan persediaan diri, mental dan segalanya demi kejayaan yang cemerlang. Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan Saufi mendapat keputusan cemerlang"

Terima kasih mama, terima kasih ayah, terima kasih sayang... Abang sayang semua! MUAH MUAH!Tapi paling sayangggg sangat! Sayang lah! MUAH!=) Abang cuba usaha tau! Nanti kalau berjaya itulah hadiah yang paling berharga buat mama, ayah dan sayang! Ok! =) MUAH! Sekarang saufi tak takut lagi! semuanya berkat sokongan dan doa daripada kalian yang tak terhingga membuatkan diri ku merasa tenang =) Kali ni Insyaallah sepanjang imtihan aku akan merasa tenang berkat doa kalian! Semoga kita sama-sama diberkati Allah SWT dan dikurniakan kegembiraaan serta keceriaan selalu!Ameen...

Wednesday, April 19, 2006

Imtihan Imtihan Imtihan

Semalam hari yang paling best sekali sebab aku terima jadual imtihan fasal sani,rasa terkejut pulak pejam celik akan tiba saat nak exam, tengok - tengok mula 11 Mei untuk syafawi, yang lain tahriri mula 22 Mei sampai 18 jun, rasa -rasa 19 jun nak balik Malaysia lah hehe =) doa- doa lah ek! insyallah.. balik Malaysia lagi kan! =) persediaan cam biasa tapi kene study hard maut-maut dah ni, tak de masa dah! Alhamdulillah jugak dapat kata-kata semangat dari mama untuk membahagi masa dengan baik.

"InsyaAllah dengan berkat usaha yang gigih (70%) berkat doa semua (20%) dan tawakkal (10%) - mengikut kata pakar ; makanya Mama percaya bahawa kita semua tentu tidak mudah kecewa dengan keputusan yang diperolehi iaitu anugerah dari Allah Subhanahu Wataala nanti. Bagi pihak Mama -tetap mendoakan akan kejayaan Saufi dan juga anak-anak Mama yang lain"

Bangganya aku dapat kata-kata semangat dari mama! tak lupa juga pada Ayah! Haaa.... =) tapi disamping tu ada juga orang tersayang yang selalu mem 'follow-up" study aku, dia nak sangat aku berjaya dan jadi macam dia, dan aku berusaha menjadi macam dia! aku pun sayangggggg sangat kat dia =) Terima kasih sayanggg.... =) hehe, doakan kejayaan.... insyaallah mesti kehidupan lebih ceria dan hepi kan! =) MUAH! kesungguhan akan membawa kejayaan, kepahitan akan membawa kemanisan, kesusahan akan membawa kesenangan, kesusahan memang pahit, tapi kalau berbekalkan dengan ketabahan dan sabar insyaallah pasti kita temui kesenangan dan kemanisan itu lah apabila kita melihat keputusan atau natijah kita lulus dengan cemerlang! betul tak! rasa nak berazam dera diri mulai hari ni sehinggalah habis exam, semoga Allah memberkati dan merahmati, aku sering mengatakan takut apabila nak menghadapi exam, tapi sekarang tak takut lagi, orang kata kalau kita baca insyallah boleh jawab, secara umumnya semua orang merasakan takut apabila periksa hampir tiba, masa tu lah amalan di pertingkatkan, masa tu lah solat-solat sunat tak pernah ditinggalkan dan macam-macam lagi yang kurang dipertingkatkan, rata-riti pelajar Azhar akan gusar menghadapi masa imtihan... =) semoga imtihan kali ini dan seterusnya mambawa kejayaan =) dan mesti hepi dan ceria selalu! =)

Sunday, April 09, 2006

Perkara Jari Yang Lima


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Saturday, April 01, 2006

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post'kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???