Tuesday, May 09, 2006

Tak Takut Lagi


Bismillahirrahmanirrahim, Ha ini lah meja aku.. Alhamdulillah hari ni dah masuk 10 mei, maknanya aku akan menjalani imtihan syfawi pada esok hari, pejam celik hampir tiba rupanya tarikh yang dinantikan, sungguh mendebarkan, tak terasa lamanya apabila aku menerima jadual imtihan pada bulan lepas yang lalu, kini imtihan hampir tiba.

Seperti yang aku katakan aku selalu takut bila nak menghadapi exam, bukan kerana tak bersedia, tetapi itulah hakikatnya bila nak mengalami sesuatu ujian, mana mungkin kalau kita tak mengasah pedang pada hari ini, mana mungkin kita tak sediakan peluru pada hari ini tentangan musuh dapat kita tewaskan, jadi persediaan ini lah yang aku telah lalui dengan tabah, kini akan tiba masanya aku akan luahkan segalanya apa yang telah aku persediakan.

Selamanya aku mengetahui yang perjuangan ini tidak lah perlu takut jika kita ada persediaan yang kuat dan mantap, kalau kita kenangkan sejarah peristiwa Rasulullah Sallallahualaihiwassalam, mungkin cabaran bagi baginda lebih dasyat lagi daripada kita, mengapa kita mesti takut sedangkan kita hanyalah berhadapan dengan ujian Allah yang paling mudah sekli, tidak perlu mengasah pedang, tidak perlu membuat peluru, tidak perlu menyediakan kuda untuk ditunggangi, semuanya tidak perlu! Persediaan kita hanyalah dengan mengasah fikiran dan sebatang pen di tambah dengan keyakinan serta tawakkal kepada Allah SWT! Lebih berat lagi cabaran yang Rasulullullah hadapi, mengapa tidak kita?

Kelmarin aku terima email dari mama =) Hepi sangat! Mama bagi kata semangat, Ayah pun bagi semangat! Tidak lupa orang yang tersayang juga selalu memberi semangat untuk diri aku berjaya!

"Mama harap menjelang peperiksaan, Saufi bersedialah dalam keadaan tenang dan penuh yakin, yang Saufi 'BOLEH BUAT' DAN bertawakkal pada Allah. Mama dan ayah dan semua keluarga di sini tetap mendoakan Saufi berjaya penuh. Di masa akan datang, cuba elakkan dengan perkataan 'takut' atau sebarang yang negatif - sebab ini boleh memberi kesan di atas usaha dan keyakinan yang telah dibina, jadi perkataan-perkataan nagetif hendaklah dijauhkan sama sekali. Ingat pesan Mama ini sampai bila-bila, hatta pada keluarga Saufi bagi genarasi masa depan. Berkatalah dengan perkataan-perkataan dan harapan-harapan kejayaan. Insyaallah semuanya berjalan baik"

"Kami harap Anakanda Saufi telah bersedia dengan peperiksaan yang akan menjelang mulai 11.5.2006 dan hari-hari seterusnya. Lengkapkan dengan persediaan diri, mental dan segalanya demi kejayaan yang cemerlang. Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan Saufi mendapat keputusan cemerlang"

Terima kasih mama, terima kasih ayah, terima kasih sayang... Abang sayang semua! MUAH MUAH!Tapi paling sayangggg sangat! Sayang lah! MUAH!=) Abang cuba usaha tau! Nanti kalau berjaya itulah hadiah yang paling berharga buat mama, ayah dan sayang! Ok! =) MUAH! Sekarang saufi tak takut lagi! semuanya berkat sokongan dan doa daripada kalian yang tak terhingga membuatkan diri ku merasa tenang =) Kali ni Insyaallah sepanjang imtihan aku akan merasa tenang berkat doa kalian! Semoga kita sama-sama diberkati Allah SWT dan dikurniakan kegembiraaan serta keceriaan selalu!Ameen...

No comments: